Membawang Hari Ini

4,000 tak berganjak

sinar

Lebih 4,000 penonton membanjiri pusat beli-belah Village Mall di Sungai Petani, Kedah untuk menyaksikan persembahan Siri Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha, baru-baru ini.

Kedah menjadi lokasi pertama siri jelajah itu dan menyatukan semua penyampai stesen radio Sinar FM dan pelawak terkenal tanah air di pentas.

Pelawak yang hadir Jep Sepahtu, kumpulan Shiro dan Jambu manakala barisan penyampai Sinar FM Kak Engku, Salih Yaacob, Krill, Feeya, Zaidi Zainal, Jamal Jamaluddin, Najman, dan Abby Fana.

Pengurus Kandungan Stesen Sinar FM, Rizal Sahimy berkata, siri jelajah itu program pertama membabitkan gabungan penyampai radio dan pelawak.

“Kami gembira acara ini mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan penduduk Kedah.

“Paling penting keselesaan berkomunikasi di antara pelawak, penyampai radio dan juga peminat,” katanya.

Pusat beli-belah itu sesak sehingga tamat acara berikutan penonton terhibur dengan persembahan lawak bersahaja daripada Jep, Shiro dan Jambu.

Lokasi Siri Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha yang seterusnya adalah di Mydin MITC, Melaka, Sabtu ini.

Antara barisan pelawak yang akan hadir memeriahkan jelajah itu di lokasi seterusnya ialah kumpulan Jambu, SYJ, Shiro, Bocey dan juga Jep Sepahtu.

Siri Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha akan menutup tirai di Planet Gempak Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");