Sukan Hari Ini

Chong Wei tak gantung raket sehingga Olimpik 2016

menteri belia

INSTITUT Sukan Negara (ISN) menyediakan seorang pakar fisioterapi sepenuh masa bagi membantu Datuk Lee Chong Wei terus beraksi sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jaguh badminton negara berusia 31 tahun itu bersetuju untuk terus beraksi sehingga Sukan Olimpik 2016 selepas mereka mengadakan perbincangan dari hati ke hati baru-baru ini.

“Saya bagai tahu dia, saya tidak mahu dengar yang dia akan bersara tahun ini dan beliau telah bersetuju untuk terus beraksi sampai Sukan Olimpik.

“Pemain nombor satu dunia seperti Chong Wei dan ratu skuasy Datuk Nicol David harus diberikan perhatian lebih. Kita kena jaga mereka sebab mereka bakal menyumbangkan pingat kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Women@Work.

Forum berkenaan diadakan sempena Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2014 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), di sini hari ini.

Mengulas kekalahan Chong Wei kepada pemain bukan pilihan Simon Santoso dari Indonesia pada final Siri Super Terbuka Singapura 2014, Ahad lepas, Khairy berkata menang atau kalah itu adalah perkara biasa.

“Kita kena akui bahawa Chong Wei masih lagi merupakan harapan terbaik negara untuk raih pingat emas di Sukan Olimpik nanti,” katanya.

Pada Terbuka Singapura, Simon menafikan Chong Wei gelaran keempat tahun ini dengan keputusan 21-15 dan 21-10 dalam masa 48 minit.

Sebelum ini, Chong Wei membuka musim baharu dengan merangkul gelaran Terbuka Malaysia pada Januari diikuti All England (Mac) dan Terbuka India, awal bulan ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");