Membawang Hari Ini

Deepika serba salah

Deepika Padukone

Sebelum ini heboh dikatakan aktres Deepika Padukone bercuti secara rahsia dengan bekas kekasihnya, Ranbir Kapoor di Maldives.

Dalam gosip terbaru kali ini, dia dikatakan makin intim dengan aktor Ranveer Singh yang menjadi hero­nya dalam filem kontroversi, Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela.

Selama ini mereka memang rapat, tetapi setiap kali ditanya media di India, dia dan Ranveer mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman tapi mesra.

Bagaimanapun, pada 13 April, mereka berdua makan di sebuah restoran terkenal di Mumbai dan kedua-duanya hanya bergaya santai dengan jean dan kemeja-T.

Namun mereka yang tiba dengan satu kereta bergegas pulang apabila menyedari kehadiran mereka di situ menarik perhatian ramai.

Dalam pada itu, ke­masyhuran Deepika sebagai aktres pujaan ramai dan menjadi rebutan produser serta pengarah filem Bollywood meletakkannya dalam keadaan serba salah kerana dia perlu menjaga hati banyak pihak.

Contohnya, baru-baru ini dia terpaksa menolak permintaan aktor veteran Rishi Kapoor untuk menyanyi dan menari satu lagu dalam filem Kaanchi terbitan dan arahan Subhash Ghai kerana jika Deepika terima tawaran itu, bererti dia perlu menimbangkan tawaran sama daripada orang lain.

Oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati sesiapa, dia menolak permintaan aktor itu.

Jika Rishi kecewa dengan penolakan Deepika, ia satu kelegaan kepada Subhash kerana dia tidak menyukai cadangan Rishi agar Deepika membuat kemunculan khas dalam filem itu kerana bimbang akan menenggelam­kan heroin filem itu, Mishti.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");