Membawang Hari Ini

Manisha masih bimbang

Manisha Koirala

Aktres Manisha Koirala yang disahkan menghidap kanser ovari pada 2012 kini sembuh sepenuhnya selepas menjalani rawatan di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, dia masih belum lega kerana bimbang penyakit itu berulang kembali. Namun, atas sokongan keluarga dan rakan, pelakon berusia 43 tahun itu berusaha membina hidup baru.
“Sebelum ini saya tidak begitu pedulikan kesihatan dan sekarang saya amat berhati-hati. Walaupun doktor mengesahkan saya sudah bebas daripada penyakit itu, saya tetap bimbang ia akan kembali dan andai itu terjadi, saya sudah tahu untuk menghadapinya.

“Menghidap kanser bukanlah jalan mati dan masih ada harapan untuk sembuh. Kepada pesakit kanser, anda jangan berputus asa untuk melawan penyakit itu. Syukur saya sihat semula dan saya mahu kembali berlakon,” kata Manisha yang mencipta nama menerusi filem Dil Se, Bombay, Mann, Khamoshi dan 1942: A Love Story.

Selepas berbulan-bulan berada di AS, dia kembali ke India pada Jun tahun lalu.

“Saya sudahpun dapat tawaran berlakon, tetapi saya tolak kerana mereka hanya mahu saya muncul dalam satu atau dua babak saja. Saya menunggu pe­ngarah dan skrip yang bagus,” katanya.

Manisha yang masih bujang juga berhasrat untuk mengambil anak angkat.

“Jika kesihatan betul-betul pulih, saya mahu mengambil anak ang­kat kerana buat masa ini saya belum terfikir untuk berkahwin,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");