Sukan Hari Ini

Jangan balas provokasi!

jgn provokasi

PENYOKONG bola sepak dari negeri ini, diseru supaya tidak membalas dan menyimpan sebarang dendam terhadap penyokong Perak dan dari mana-mana pasukan, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan mahu penyokong Johor melayan dan menghormati penyokong pasukan lawan sebagai tetamu jika bertandang ke negeri ini.

“Orang Johor terkenal dengan adab dan budayanya yang sopan santun malah pandai menghormati tetamu..jadi semua penyokong Johor diharapkan tidak membalas serangan provokasi ke atas peminat pasukan lain,” katanya.

Zulkurnain berkata, semangat kesukanan bukan sahaja perlu diterapkan kepada pemain malah wajar diserapkan kepada pegawai dan penyokong setiap pasukan.

“Saya melihat sukan bola sepak sebagai medium terbaik untuk menyatukan rakyat di negara ini.

“Walaupun setiap orang mempunyai pasukan yang mereka suka atau minat, kita tetap perlu matang dalam melakukan sebarang perkara kerana jika tidak, ia akan menjejaskan imej negeri atau pasukan masing-masing,” katanya.

Beliau turut memuji peminat dan penyokong Johor yang disifatkan sebagai semakin matang dan banyak melalui pelbagai pengalaman serta peristiwa sebelum ini.

“Saya yakin mereka akan terus menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan akan memberi layanan terbaik kepada sesiapa sahaja terutama penyokong lawan,” katanya.

Zulkurnain menyarankan pihak berkuasa dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar tidak bersikap lepas tangan, sebaliknya mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyebabkan insiden kekecohan berlaku.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");