Membawang Hari Ini

Kes saman malu selesai di luar mahkamah

hanez suraya 5

Kuala Lumpur: Pertikaian kes saman malu membabitkan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim, diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, Hakim Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penghakiman persetujuan dalam kamar tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah peguam Harjit Singh mewakili Hanez Suraya dan K Rajasegaran untuk Mohd Fairus.

Bagaimanapun, Hanez Suraya dan Mohd Fairus tidak hadir di mahkamah.

Enggan dedah butiran

Harjit ketika ditemui berkata, anak guamnya selaku plaintif gembira dengan penyelesaian tuntutan saman itu tetapi enggan mendedahkan butiran persetujuan dicapai kedua-dua pihak.

Pada prosiding 8 April lalu, kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan berhubung terma penyelesaian ketika ia disebut di depan perantara Pusat Mediasi.
Dalam writ saman dan penyataan tuntutan difailkan pada 1 November tahun lalu, Hanez Suraya mendakwa pengurusan syarikat Aura White akan membawanya ke Hong Kong pada November 2013 dengan kos yang ditaja sepenuhnya.

Plaintif berkata, dia berasa lebih sesuai membawa jurusolek berbanding pembantu peribadi kerana khidmat jurusolek lebih diperlukan.

Tingkah laku pelik

Bagaimanapun, selepas pulang dari Jakarta pada September 2013, defendan didakwa menunjukkan tingkah laku pelik di tempat kerja dan memburukkan nama plaintif di laman sosial.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");