Jenayah

Polis patahkan sindiket Black Money

jenayah internet

Kuala Lumpur: Polis menahan sepasang warga asing, yang disyaki mendalangi sindiket penipuan Black Money dalam serbuan berasingan di bandar raya ini, Selasa lalu.

Penahanan suspek hasil aduan seorang peniaga wanita berusia 42 tahun, yang nyaris menjadi mangsa sindiket itu selepas menerima tawaran menggandakan wang daripada seorang lelaki warga Cameroon, yang dikenali menerusi Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, berkata tawaran itu membawa kepada pertemuan mangsa dengan suspek pada jam 9 malam hari sama di sebuah hotel dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman, untuk urusan pelaburan.

Mangsa yang berasa dirinya mungkin ditipu lelaki berusia 34 tahun terbabit, bertindak menghubungi polis untuk melakukan siasatan terhadap suspek.

Hasil serbuan, polis merampas tiga keping wang tunai RM50 bersama beberapa peralatan memproses duit palsu dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah, katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL).

Izany berkata, polis turut merampas serbuk kekuningan seperti emas dan beberapa keping wang kertas AS$100.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");