Sukan Hari Ini

Tindakan tegas penyokong liar

tindakan tegas

AMARAN keras buat mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan ketika perlawanan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang T Team, di Stadium Larkin, malam ini.

Peringatan itu dilontarkan, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim buat penyokong-penyokong dalam memastikan tahap kelancaran dan keselamatan sepanjang perlawanan.

Jelasnya, seramai 1,000 anggota akan ditugaskan dan pihaknya optimis memaksimumkan keutamaan keselamatan.

“Ini adalah keanggotaan maksimum yang digerakkan sepanjang perlawanan di mana kita akan bahagikan kawasan ini mengikut sektor tertentu untuk membolehkan memantau keadaan dengan lebih fokus.

“Selain itu, dua trop Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dianggarkan seramai 200 anggota yang kebiasaannya hanya satu trop,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, penumpuan keutamaan turut diberikan bukan hanya dalam dan luar stadium ia termasuk ke atas bas-bas penyokong.

“Kita tidak menjangkakan apa-apa insiden berlaku, kerana setakat ini tiada maklumat mengenai itu dan saya percaya penyokong JDT akan berdisiplin dan perlawanan berlangsung dengan lancar. Saya menyeru penyokong mengutamakan keselamatan masing-masing.

“Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana yang cuba membuat kacau dan tidak teragak menahan mereka.

“Selain itu kawalan ketat dan terperinci akan dilakukan dipintu-pintu masuk bagi mengelak bahan-bahan larangan dibawa dan kita akan merampasnya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");