Membawang Hari Ini

Hentikan spekulasi

DYNAS

Cerita kononnya rumah tangga pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar, 31, dan suaminya, Hafizy Hafiz, 43, berantakan sudah lama tersebar sejak tahun lalu.

Baru-baru ini, kisah sama kembali panas. Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dikatakan sudah bercerai, awal Mac lalu dengan punca perpisahan masih tidak diketahui.

Sehingga kini, dakwaan kononnya pasangan itu berpisah masih belum terbukti. Biarpun Dynas pernah menafikan perkara itu, namun semakin dinafi, cerita kononnya mahligai rumah tangga pasangan itu musnah, tetap menjadi buah mulut.

Elak jawab soalan

Bertemu pelakon, model dan pengacara ini pada suatu acara pagi kelmarin, soalan berhubung status rumah tangganya tetap diaju.

Bagaimanapun, Dynas seakan-akan mengelak untuk menjawab pertanyaan itu.

“Maaf saya tidak boleh menjawab soalan berkaitan peribadi.
Saya kena hormati majlis. Tunggu majlis pelancaran kedai baharu saya di Sabah. Di situ nanti bolehlah bertanya apa saja,” janjinya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");