Sukan Hari Ini

Khairy: FAM kena tegas!

fam kena tegas

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pasukan yang gagal mengawal tindakan liar segelintir penyokong mereka.

Beliau turut meminta FAM supaya bekerjasama erat dengan polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas sesuatu perlawanan.

Mengulas insiden kekecohan penyokong pada perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, Selasa lalu, beliau mengesyorkan supaya tindakan lebih berat dikenakan terhadap pasukan yang gagal mengawal tindakan liar penyokong mereka.

“Jika FAM mengenakan hukuman lebih cepat, maka sesebuah pasukan atau kelab mungkin akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan sikap penyokong mereka lebih sopan,” katanya.

Beliau menegaskan tuan rumah sesuatu perlawanan bukan sahaja bertanggungjawab terhadap soal keselamatan pasukan pelawat tetapi mereka perlu dipersalahkan jika penyokong mereka bertindak liar atau ganas.

Justeru, beliau mengesyorkan kepada FAM bahawa pasukan atau kelab yang dikenakan hukuman atas tindakan liar penyokong masing-masing supaya bermain dalam stadium kosong pada perlawanan seterusnya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");