Perak Hari Ini

Ops Bersepadu: 10,399 PATI, 156 Majikan Ditahan

PERAKTODAY7

Sehingga 16 April lalu, seramai 10,399 orang pendatang tanpa izin (PATI) dan 156 majikan telah berjaya diberkas di bawah Ops Bersepadu yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata tangkapan itu hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 1,644 premis dan proses saringan membabitkan kira-kira 35,757 warga asing.

“Dari segi jumlah tangkapan pula, negeri Johor telah mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1,464 tangkapan, diikuti Wilayah Persekutuan (1,397), Selangor (1,055) dan Putrajaya (1,307).

“Manakala untuk pecahan PATI mengikut kewarganegaraan pula, tangkapan tertinggi membabitkan rakyat Indonesia iaitu seramai 3,914 orang, Myammar (1,621) dan Bangladesh (1,307),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ops Bersepadu di beberapa pusat hiburan di sekitar Lembah Kinta, awal pagi ini.

Tambah beliau lagi, operasi tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu PATI yang bekerja di sektor pembinaan dan perkilangan, perniagaan dan juga premis hiburan.

PERAKTODAY4

Menurut Zahid, operasi tersebit merupakan lanjutan kepada operasi fasa ketiga yang telah dilancarkan pada 21 Januari yang lalu.

Operasi yang dijalankan itu memberi tumpuan kepada tujuh kawasan utama iaitu rumah kediaman, pusat hiburan dan perjudian, pusat urut, pusat hiburan keluarga, premis perniagaan, kilang dan tapak pembinaan, katanya.

“Operasi fasa ketiga agak sukar kerana mereka mempunyai jaringan rangkaian yang luas untuk mengetahui mengenai operasi yang diatur.

“Saya yakin Jabatan Imigresen Malaysia terutamanya bahagian penguatkuasa tidak akan berputus asa untuk menjalankan operasi,” ujarnya.

Mengulas tentang kemungkinan kebocoran maklumat berpunca daripada sumber dalaman, beliau menafikan dakwaan tersebut.

“Kebocoran maklumat adalah melalui jaringan mereka dan ini bukan soal kebocoran di kalangan pegawai tetapi mereka lebih tahu dan dapat menghidu terlebih dahulu operasi yang hendak dijalankan,” tambahnya.

Beliau juga berharap agar orang ramai tidak menyalah anggap operasi yang dijalankan kerana ia bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang yang telah termaktub.

“Bukan nak menzalimi dan menganiayai tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang dan juga tidak mahu PATI ini menggunakan pas lawatan sosial mereka untuk jalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Operasi tersebut telah disertai oleh beberapa agensi antaranya anggota sukarelawan (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ((SPRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

PERAKTODAY5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");