Jenayah

Maut tertimbus batu

tertimbus

Chukai: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut akibat tertimbus di bawah runtuhan batu di sebuah kuari di Telok Kalong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa Muhamad Hafiz Muhamad Zizan yang sedang mengendalikan jentolak di kuari itu dikatakan tertimbus dalam runtuhan batu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Pegawai Bomba Kanan II Mat Daling Mat Dahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lapan anggota dan sebuah jentera.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan bantuan jentolak jam 7.47 pagi.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");