Jenayah

Dua beranak ditemui rentung

rentung

Kota Marudu: Dua beranak ditemui rentung selepas terperangkap di dalam rumah mereka di Kampung kirangawan, dekat sini, pada jam 1.10 pagi tadi.

Mayat mangsa Maijun Napas, 42, dan anak lelakinya Alexwin Maijun, 4, tahun ditemui terbaring di bawah sisa-sisa kebakaran oleh pasukan bomba.

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu Md Saidi Tabin berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.10 pagi itu kemudian mengerahkan satu jentera dengan kekuatan lima anggota ke tempat kejadian.

“Sebaik operasi pemadaman selesai pihaknya menemui dua mayat lelaki rentung di ruang tamu dan dipercayai mereka dua beranak.

“Kedua-dua mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan dipercayai dua beranak ini sedang tidur,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");