Isu Panas

Pemilihan PKR : Akhirnya Tangan-Tangan Ghaib Yang Akan Tentukan Pemenang

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-

KUALA LUMPUR 17 April – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya apa jua kumpulan yang dibentuk dan apa jua gagasan yang dibawa pada pemilihan PKR kali ini tidak akan ke mana kerana akhirnya nanti siapa yang Anwar mahu akan mencapai kejayaan.

Menurut beliau pemilihan PKR bukanlah berdasarkan kepada kehendak akar umbi 100 peratus tetapi ianya adalah berdasarkan kepada siapa yang Anwar mahu manakala demokrasi yang dijulang sekadar wayang politik semata-mata.

“Malah saya percaya mana-mana calon yang bertanding dan ianya berada di luar kemahuan Ketua pembangkang amat sukar dan susah untuk menang di dalam perebutan mana-mana jawatan di dalam PKR itu.

“Dan saya juga percaya akan ada tangan-tangan ghaib yang akan memainkan peranan untuk menghalalkan tindakan tersebut. Bukankah pada pemilihan sebelum ini kita dapat lihat bagaimana berlaku pelbagai kontroversi di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas pemilihan PKR yang memperlihatkan pertembungan yang cukup menarik perhatian umum. Tiga pemimpin tertinggi PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar dan dan Rafizi Ramli membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti itu Mei ini.

Pembentukan pasukan bertemakan “Masa Depan Bersama” itu diumumkan dalam sidang media di sebuah hotel berdekatan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Manakala penyandang jawatan berkenaan, Azmin Ali malam tadi memperkenalkan gagasan Keadilan Raya yang menjadi tema kempennya dalam pemilihan parti kali ini.

Anuar Shaari yang menyambung kembali persoalan demokrasi dalam PKR seterusnya memberitahu ungkapan yang dilaung-laungkan itu hanyalah sekadar mainan di bibir mereka sahaja dan sebenarnya tidak subur di dalam parti tersebut.

“Mereka nak kata apa pun boleh tetapi realiti dan hakikatnya begitu. Bagi saya itulah yang kita boleh nampak di dalam PKR hari ini dan apa yang cukup menarik pada keputusannya nanti adalah siapa pun yang menang dan kumpulan mana pun yang kalah, yang selamat adalah Anwar Ibrahim.

“Kedudukan Anwar sahaja yang akan semakin kukuh dan kedudukan beliaulah yang akan bertambah kuat. Tidak ada apa yang boleh diperkatakan lagi mengenai pemilihan PKR ini,” ujarnya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");