Sukan Hari Ini

Basikal: PKBM Hantar 18 Senarai Pelumba Ke Sukan Komanwel

Azizulhasni

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PBKM) akan menghantar cadangan senarai awal 18 pelumba untuk menggalas cabaran negara bagi memburu pingat pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow,Scotland, Julai ini.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata senarai nama atlet bersamalima pegawai persatuan berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam tempoh terdekat.

“Kami akan menghantar nama 12 pelumba termasuk dua atlet wanita dalam acara trek manakala selebihnya dalam acara lebuh raya untuk pertimbangan MOM,” katanya pada Jumaat.

Abu Samah berkata pihaknya menyandarkan harapan memburu pingat pada temasya berkenaan dalam acara trek menerusi Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng dalam kategori lelaki selain Fatehah Mustapa dan Jupha Somnet dalam kategori wanita.

Beliau berkata badan induk berbasikal kebangsaan itu akan memutuskan sasaran pingat pada temasya sukan berkenaan selepas mereka selesai mengadakan mesyuarat pengurusan pasukan dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, Josiah meraih pingat perak dalam acara keirin pada edisi 2010di New Delhi, India sebelum diisytiharkan pemenang oleh juri pertandingan,berikutan pembatalan kemenangan emas oleh Mohd Azizul yang dikatakan memotong dicelah para pelumba lain yang sepatutnya dilakukan dari luar.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");