Berita Hari Ini

Semak Status Akreditasi Sebelum Pilih Kursus

daftaript

Bakal penuntut IPT disaran menyemak status akreditasi sebelum memilih kursus di IPT:-

PETALING JAYA: Lepasan sekolah menengah yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dinasihatkan supaya memilih kursus yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein berkata, pemilihan kursus yang mempunyai akreditasi MQA penting bagi pengiktirafan ijazah atau diploma untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam sektor awam mahupun swasta.

“Bagi MQA, tugas kami yang paling utama memastikan bahawa program yang ditawarkan IPT, sekurang-kurangnya memenuhi standard yang minima dan ia tidak statik, setiap tahun jaminan kualiti IPT terbabit bertambah baik melalui akreditasi MQA,” katanya di sini, Jumaat.

Syed Ahmad berkata, MQA adalah institusi tunggal di negara ini yang menetapkan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan menjadi pusat rujukan untuk kriteria atau standard kelayakan sesuatu bidang pengajian.

Katanya, tahun lalu, MQA menerima 1,093 permohonan program akreditasi sementara dan 753 permohonan untuk akreditasi penuh.

“Daripada jumlah itu 1,076 program berakreditasi sementara diluluskan manakala 731 permohonan diluluskan bagi program berakreditasi penuh,” katanya.

Syed Ahmad berkata, setakat Mac ini, 235 permohonan diterima bagi program berakreditasi sementara, manakala 176 permohonan bagi program berakreditasi penuh.

Daripada jumlah itu, pihaknya meluluskan 231 permohonan untuk akreditasi sementara dan 175 untuk akreditasi penuh.

“Selepas sesebuah IPT menawarkan kursus, pelajar harus memastikan kursus itu menepati kehendak MQA,” katanya.

Katanya, mereka yang ditawarkan kursus tetapi kemudiannya mendapati kursus berkenaan tidak mempunyai akreditasi MQA, pelajar boleh membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan.

“Jika ada program yang ditawarkan tidak mendapat kelulusan, kita akan terus lapor kepada kementerian, sebab ia satu kesalahan dan akan laporkannya kepada Kementerian Pendidikan agar kursus atau program pengajian itu dihentikan,” katanya.

Syed Ahmad berkata MQA menerima 34 aduan pada 2013 dan setakat tiga bulan pertama tahun ini, MQA menerima 27 aduan mengenai kursus yang tidak mempunyai akreditasi.

Beliau berkata MQA mengalakkan IPT mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman dan mempunyai budaya jaminan kualiti yang teratur.

Jika sesebuah universiti mengamalkan sistem jaminan kualiti yang hebat, MQA bersedia mempertimbangkan pemberian status swaakreditasi iaitu melayakkan sesebuah institusi pengajian tinggi mengakredit program pengajiannya sendiri dan setakat ini sembilan IPT mendapat status swaakreditasi itu.

Syed Ahmad berkata MQA sentiasa menyambut baik sesiapa sahaja yang mahu berbincang dan bertanya mengenai status sesebuah program di universiti tempatan.

“Kita minta pelajar dan ibu bapa datang dan berbincang dengan kami dahulu. Tanyalah apa-apa sahaja, kami bersedia membantu,” katanya.

Pelajar yang ingin mengetahui status akreditasi dan maklumat sesuatu program boleh melayari laman sesawang di http://www.mqa.gov.my/mqr/.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru

!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");