Membawang Hari Ini

Erma sedia pikul dosa pelakon kemban

kemban

“Saya sudah siap untuk pikul semua dosa jika pelakon berkemban dalam drama arahan saya akan membuatkan dosa saya semakin banyak,”.

Begitulah ayat yang ditulis Erma Fatima menerusi laman Instagramnya ketika memberikan komen balas kepada seorang peminat tentang isu berkemban dalam Drama Takhta 3 Ratu terbitan syarikatnya.

Peminatnya yang menggunakan nama Asmah berkata, jawapan yang diberi oleh Erma disifatkan sangat melampau membelakangkan hukum agama.

“Sebagai orang Islam, Erma tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ini melibatkan hukum agama terutama bila menyentuh bab aurat wanita.

“Erma sepatutnya insaf dan bertaubat daripada terus menegakkan perkara-perkara yang haram dalam Islam.

“Sebaiknya Erma berdiam diri dan bertanya kepada pakar agama daripada membuat kenyataan hingga sanggup memikul dosa kerana drama akan menayangkan wanita separuh telanjang untuk tatapan umum,” kata Asmah.

Paling dikesalkan kata Asmah, Erma tergamak membuat kenyataan kononnya dia sedih melihat orang-orang Islam khususnya yang kini semakin buta hati jika watak berkemban disensasikan hingga menjadi isu panas.

Tambahnya, Erma mangakui soal hukum agama tidak boleh dipermainkan tetapi pada masa sama mengatakan mannusia tidak layak menjadi juri untuk menghukumnya.

“Sebagai peminat, saya berharap Erma kembali ke pangkal jalan dan berfikirlah sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");