Membawang Hari Ini

50 artis berniaga

Nealofa 1

Hashtag #sayajual dan #visitmyig begitu popular sejak akhir-akhir ini dan bagi sesiapa yang mempunyai akaun laman sosial Instagram pasti tidak terlepas daripada pelbagai mesej berbentuk sebegini.

Itulah realitinya di mana semua bentuk perniagaan dan jual-beli kini boleh dilakukan menggunakan hujung jari saja.

Laman sosial ini dijadikan medium untuk sesiapa saja menjalankan aktiviti perniagaan dan lebih mengejutkan, mendapat sambutan baik serta mampu me-ngaut keuntungan berlipat ganda berbanding mereka yang membuka premis atau menyewa kedai di luar.

Bukan setakat pakaian dan makanan, malah pelbagai produk dan keperluan boleh dibeli dengan hanya melayari laman sosial.

Justeru, selari dengan kemajuan dan perubahan ini, syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Wilayah Persekutuan Putrajaya mencuri peluang menganjurkan satu acara jualan Mega Bazaar yang menghimpunkan lebih 1,000 usahawan Internet pada 21 dan 22 Jun di depan Hall A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Kerjasama strategik ini untuk menggalakkan usahawan Melayu online menjadi ahli DPMM bagi memastikan perniagaan online mereka diberi perhatian khusus dan peluang yang lebih besar untuk memasarkan produk ke tahap lebih tinggi.

Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi berkata, penganjuran Mega Bazaar ini akan menjadi satu sejarah tersendiri kepada semua pengusaha perniagaan online di Malaysia.

“Saya sendiri tidak dapat bayangkan kemeriahan pada acara ini nanti kerana semua pengusaha yang bergiat aktif ini akan berhimpun de-ngan menjual produk mereka pada harga paling rendah dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa sepanjang dua hari di MAEPS nanti.

“Ini satu usaha dan inisiatif yang pihak kami fikirkan terbaik untuk menyuntik semangat kepada usahawan Melayu dan anak muda yang selama ini menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tapak membuka perniagaan. Selain mampu menyediakan satu bazaar yang akan menempatkan pelbagai produk dijual, Mega Bazaar ini juga akan menjadi satu lokasi beli-belah paling murah dengan pakej pembelian yang menarik.

“Lebih 1,000 peniaga termasuk lebih 50 artis dan selebriti akan turut sama menjual pelbagai produk mereka. Jika kita lihat hari ini, golongan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan mereka di laman sosial masing-masing.

“Antara selebriti yang turut membuka gerai pada acara itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Mila Jirin, Afdlin Shauki, Mawi dan Ekin, Adira, Yana Samsuddin, Eira Syazirah, Nabil Raja Lawak, Mizz Nina dan suaminya, Noh Hujan, Ameer Forteen, bintang bola sepak Khairul Fahmi Che Mat dan ramai lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Eh Eh Bazaar Sdn Bhd mempelawa anak muda yang menjalankan aktiviti perniagaan secara online bersama-sama memeriahkan Mega Bazaar ini bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Iffah berkata, dengan harga serendah RM400 mereka layak mendapat gerai berniaga untuk dua hari dengan pelbagai kelengkapan lain yang turut disediakan.

“Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategik lengkap dengan penyaman udara, kemudahan meletak kenderaan selain gerai yang lengkap dengan meja dan kerusi,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");