Sukan Hari Ini

Bale tutup mulut pengkritik

Real Madrid players celebrate with the trophy after winning the King's Cup final soccer match against Barcelona in Valencia

VALENCIA, Sepanyol – Pemain sayap Wales, Gareth Bale mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo untuk membantu Real Madrid menjulang trofi ke-19 Piala Raja Sepanyol dengan menewaskan Barcelona 2-1 pada aksi final di Stadium Mestalla awal pagi semalam.

Pada final 2011 lalu, Ronaldo menanduk masuk gol tunggal kemenangan 1-0 Real ke atas Barcelona pada masa kecederaan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit permainan sebenar.

Bagaimanapun, ketiadaan Ronaldo yang masih mengalami kecederaan memberi peluang kepada Bale untuk dijulang sebagai wira apabila meledakkan gol kemenangan Real pada minit ke-85 semalam.

Angel Di Maria meletakkan Real di depan menerusi satu serangan balas yang pantas pada minit ke-11 tetapi pemain pertahanan Barcelona, Marc Bartra berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-67.

Selain meleburkan rekod tanpa bolos penjaga gol Real, Iker Casillas sepanjang pertandingan ini, jaringan Bartra itu turut menyuntik semangat pemain-pemain Barcelona yang diketuai Lionel Messi untuk memburu gol kemenangan.

Namun, Bale membuktikan kehebatannya apabila bijak melarikan bola untuk melepasi kawalan Bartra dan penjaga gol Barcelona, Jose Pinto.

“Sukar untuk melihat seorang pemain mampu melarikan bola seperti itu pada situasi seperti itu.

“Kami lebih banyak menguasai permainan selepas kami mengikat kedudukan 1-1 tetapi segala-galanya berubah setalah serangan balas yang pantas itu,” kata jurulatih Barcelona, Gerardo Martino.

Sementara itu, pengurus Real, Carlo Ancelotti berkata, jaringan itu pasti menjadi detik yang paling penting dalam karier Bale yang merekodkan perpindahan termahal dengan bayaran berjumlah 100 juta euro (RM436.8 juta) dari Tottenham Hotspurs pada musim panas tahun lalu.

“Ia merupakan satu detik yang penting. Apabila Bartra menjaringkan gol penyamaan, apa sahaja boleh berlaku,” kata Ancelotti.

Bagaimanapun, Barcelona memperoleh peluang terbaik untuk mengikat kedudukan 2-2 tetapi percubaan Neymar tersasar pada minit ke-90.

“Percubaan terakhir Neymar hampir menutup peluang kami. Nasib baik ia masih memihak kepada kami dan kami bersyukur di atas segala-galanya,” kata Casillas.

– AP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");