Jenayah

Dua pekerja PUB didakwa cederakan pelajar kolej

gari 2

KUALA LUMPUR – Dua pekerja pub hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar kolej.

Ahmad Suhairi Ahmad Suffian dan Bayu Fardinar, kedua-dua berusia 27 tahun, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, seorang lelaki 22 tahun, di Kelab Movida, Jalan Changkat Bukit Bintang, Dang Wangi pada 2.30 pagi, 5 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1,500 setiap seorang dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");