Perak Hari Ini

Catuan Air Di Taiping, Kamunting Dihentikan Ahad Ini

zenol
Berikutan hujan yang berterusan, Lembaga Air Perak (LAP) akan menamatkan sepenuhnya catuan bekalan air di sekitar kawasan Taiping dan Kamunting, Ahad ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, kadar bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air Taiping Headworks dan Empangan Air Kuning sudah meningkat berikutan hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini.

Tegasnya, Empangan Air Kuning sudah menunjukkan aliran peningkatan dan melebihi aras selamat iaitu 38 meter.

“Menerusi penamatan ini, tiada lagi catuan air berjadual di kawasan Taiping dan Kamunting,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di Ipoh, hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membenarkan catuan air secara berperingkat mengikut zon bermula 3 hingga 16 April dan boleh disambung jika keadaan memerlukan di kawasan Taiping dan sebahagian Kamunting berikutan paras air di Loji Rawatan Air Taiping Headworks yang merosot.

Zainol Fadzi berkata, dalam tempoh pemulihan beberapa hari ini, kemungkinan akan terdapat kawasan yang mengalami tekanan rendah terutama di waktu puncak.

Beliau juga berkata, pengguna air khususnya di Taiping dan Kamunting dinasihatkan supaya berjimat-cermat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi bilik gerakan/operasi serta pusat aduan pengguna LAP di talian bebas tol 24 jam 1-800-88-7788 atau Pusat Operasi Taiping 05-8911437 atau laman web rasmi www.lap.com.my atau emel ke [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");