Laporan Eksklusif

AS$200,000 untuk kanak-kanak perlarian Syria

490x315ximage.jpg.pagespeed.ic.gvO5dqERMC

ANKARA: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Dana Kesejahteraan Kanak-kanak Global (GCWF) pada Khamis menyumbang AS$200,000 kepada kanak-kanak pelarian Syria di sempadan Turki.

Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung dana itu, menyerahkan replika cek bagi jumlah itu kepada pemangku presiden Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD), Ismail Yesil.

Daripada jumlah itu, AS$150,000 adalah daripada Dana Kesejahteraan Kanak-kanak Global manakala baki AS$50,000 disumbangkan Bakti.

Rosmah berkata, dalam tempoh tiga tahun, hampir 2.5 juta pelarian Syria melarikan diri dari negara itu yang dilanda peperangan untuk berlindung di negara-negara jiran.

“Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 76 peratus daripada 2.5 juta pelarian Syria sekarang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak,” kata beliau dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan kewangan oleh GCWF di sini, hari ini. –

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");