Jenayah

SIAPA BOCOR OPERASI?

siapa bocor

•Ops 6P Fasa 3 sering gagal kerana maklumat diketahui PATI

•Pengusaha pusat hiburan, rumah urut dan spa dapat hidu serbuan

•Pemilik premis guna khidmat tonto pantau kehadiran penguat kuasa

Ipoh: Operasi menahan pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat menerusi Ops 6P Fasa III sering gagal kerana maklumat serbuan bocor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengusaha pusat hiburan, rumah urut dan spa disyaki mempunyai rangkaian yang luas dan dapat menghidu operasi dilaksanakan pihak berkuasa.

Katanya, Jabatan Imigresen dan pelbagai agensi penguat kuasa lain sukar untuk menjalankan operasi khususnya di premis itu memandangkan pendatang haram dapat melarikan diri sebelum operasi dijalankan.

“Mereka ada jaringan, bukan disebabkan kebocoran (maklumat) dalam kalangan pegawai, tetapi saya fikir mereka terhidu bau operasi yang dijalankan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");