Membawang Hari Ini

Nampak saja mudah…

johara

Tahun lalu, Team Petang ERA didenda memakai kain rentang di badan dan berjalan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur berhampiran stesen LRT Masjid Jamek berikutan wakil mereka kalah dalam pertandingan Raja Spontan ERA.

Tahun ini pula masing-masing bersiap sedia de-ngan kekalahan dan denda yang bakal diterima, namun yang pasti maklum balas dan sambutan menggalakkan diterima daripada pende-ngar setia ERA sudah cukup menghilangkan rasa gementar terhadap kekalahan itu.

Atas sambutan yang begitu menggalakkan itu juga, sekali lagi program Raja Spontan ERA terbitan ERAfm ini dianjurkan di mana pertarungan masih lagi membabitkan pemenang daripada Team JoHaRa yang diwakili Johan, Haniff dan Ray manakala Team Petang ERA diwakili Zahid dan Adifashla.

Setiap daripada mereka akan diwakili seorang pendengar yang akan ke pering-kat akhir dan bertarung secara langsung dari pekarangan Stadium Putra Bukit Jalil disiarkan terus ke saluran Astro Warna bermula jam 4 petang.

Cabaran Raja Spontan ERA sudah bermula awal bulan ini dengan pendaftaran kali ini mencecah ribuan orang.

Ternyata pendengar ERAfm sentiasa inginkan isi kandungan yang menarik supaya mereka sendiri dapat menonjolkan bakat yang ada.

Juara program ini bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

“Walaupun kalah tahun lalu, ia tidak mematahkan semangat kami. Denda yang dikenakan itu sebenarnya secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan Team Petang ERA bersama pendengar.

“Hilang rasa malu apabila berdepan dengan ramai orang yang banyak memberi kerjasama, malah apa juga bantuan yang kami minta mereka senang menghulurkannya.

“Program ini adalah program harian Team JoHaRa, jadi kami akur jika sekali lagi gagal pada tahun ini. Apa yang pasti keseronokan melihat telatah pendengar yang begitu bersungguh-sung-guh membuat persiapan untuk bertarung setiap kali ke udara sudah cukup memuaskan hati kami,” kata Adi mewakili Team Petang ERA.

Program Raja Spontan ERA mula bersiaran di saluran radio ERA fm tahun lalu selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai yang teringin menyertai program yang turut diambil kandungannya melalui program Super Spontan.

Sementara itu, Ray mewakili Team JoHaRa berkata, walaupun sudah biasa dengan program berkenaan, ramai juga pendengar yang kelam-kabut dan mengulangi ayat yang sama.

“Nampak mudah, tetapi sebenarnya setiap peserta yang terbabit perlu peka dengan setiap ayat yang diajukan dan perlu menjawab tanpa mengulang kembali soalan. Tapi ada juga yang sudah bersiap sedia sehingga orang yang memberikan soalan tersalah bertanya.

“Kalau diikutkan program ini hanyalah perbualan kosong yang kita biasa lakukan dalam kehidupan sehari-hari, tetapi sangat mencabar bagi yang kurang fokus. Dapat saya lihat ba-nyak yang terbabit adalah golongan perempuan.

“Mungkin mereka sudah biasa dengan soalan yang diajukan. Biasalah jika tidak bertanya soalan pada suami, mereka akan bertanya pada anak-anak. Soalan itulah yang akan mereka bualkan,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");