Sukan Hari Ini

Zamri cipta kejutan catat masa terpantas

MOHD ZAMRI

Sepang: Penunggang MUSASHI Boon Siew Honda Racing, Mohd Zamri Baba mempamerkan kejutan pada sesi latihan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2014 di Litar Sepang semalam apabila merakam masa terpantas meskipun masih dibelenggu kecederaan kaki kanan sejak awal bulan lalu.

Zamri yang terbabas pada sesi latihan 1 pada awal pagi akibat tumpahan minyak selepas berlaku pelanggaran antara penunggang lain, mencatat masa terpantas 1 minit 5.814 saat di sebelah petang – mengatasi pemenang Perlumbaan 2 musim lalu di sini, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) yang mencatat 1:05.837s di kedudukan kedua.

Walaupun berpuashati dengan catatan dilakukan, namun penghuni tangga ketiga keseluruhan tahun lalu dan 2012 itu berkata, corak tunggangannya masih belum 100 peratus seperti mana sebelum ini.

Perasaan takut

“Masih ada perasaan takut-takut… saya keluar ke litar pun tanpa keyakinan penuh dan hanya menunggang tanpa ada sebarang sasaran,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan 2, semalam.

Mengulas mengenai sesi kelayakan hari ini, Zamri berkata, dia optimis untuk menyambar petak hadapan sekalipun mengakui masih perlu mencari lebih keserasian dengan jentera selepas berpindah ke pasukan itu dari PETRONAS Hong Leong Yamaha, musim ini.

“Mengenai sesi kelayakan, saya yakin boleh dapat petak hadapan… cuma apa yang dibimbangkan adalah pada hari perlumbaan yang mana memerlukan saya berada lebih lama di atas motosikal (akibat kecederaan masih belum pulih sepenuhnya),” katanya.
Hari ini
Sesi latihan 3 Underbone 130cc
(10pg-10.40pg)
SuperSports 600cc
(10.50pg-11.30pg)
Asia Dream Cup
(11.40pg-12.20tghari)

Kelayakan Underbone 130cc
(2.10ptg-2.40ptg)
SuperSports 600cc
(3ptg-3.40ptg)
Asia Dream Cup
(3.50ptg-4.30ptg)

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");