Sukan Hari Ini

Daren teruja tunggu Lin Dan

Liew Daren

Kuala Lumpur: Perseorangan ketiga negara, Liew Daren tampil dengan misi tersendiri jika ditakdirkan bertemu bintang sensasi China, Lin Dan pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Gimcheon, Korea Selatan yang bermula, Selasa ini.

Berdasarkan undian, kedua-dua pemain berkenaan akan menentang satu sama lain jika masing-masing layak kelompok lapan terbaik. Bagi Daren, peluang untuk menang ke atas juara dunia lima kali itu terlalu sukar tetapi dia akan menggunakan peluang berkenaan untuk mengkaji corak permainan lawannya itu.

Daren berkemungkinan akan bertemu Lin Dan jika Malaysia dan China membuat perhitungan pada saingan Piala Thomas di New Delhi, India, bulan selepas masing-masing dijangka menggalas tugas sebagai perseorangan ketiga.

Belum putus

“Corak permainan Lin Dan memang sukar untuk diramalkan dan jika saya bertemunya di Korea nanti, ia akan bagi peluang kepada saya untuk mengkajinya. Biarpun China belum memutuskan senarai akhir pemain ke Piala Thomas, tetapi ini adalah persiapan terbaik,” kata Daren ketika dihubungi, semalam.

Kedudukan ranking dunia Lin Dan merosot ke tangga 104 selepas lama tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak meraih gelaran dunia 2013 dan jika disenaraikan oleh China dia hanya layak untuk beraksi sebagai perseorangan ketiga di belakang Chen Long, Du Pengyu dan Wang Zhengming.

Daren yang meletakkan sasaran mara ke suku akhir bagaimanapun enggan terlalu memikirkan pertemuan dengan Lin Dan, sebaliknya mahu fokus terhadap aksi pusingan pertama menentang pemain tuan rumah, Lee Dong Keun dan jika menang akan bertemu jaguh Thailand, Boonsak Ponsana di pusingan kedua.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");