Jenayah

Mangsa serangan beruang beransur pulih

beranur pulih

BESUT – Penoreh getah yang parah selepas diserang seekor beruang berdekatan ladang kelapa sawit Felda Tenang, Hulu Besut kini semakin stabil.

Pengerusi JKKK Felda Tenang, Tengku Heng Ku Besar berkata, mangsa, Mohd Sulaiman Jusoh, 58, masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, hasil lawatannya ke hospital itu, kelmarin, mendapati Mohd Sulaiman semakin pulih dan dapat bercakap seperti biasa namun mata sebelah kiri masih belum dapat melihat.

“Dia beransur pulih tapi katanya, kesan kecederaan akibat gigitan beruang itu masih terasa sakit. Dia juga beritahu trauma untuk masuk hutan selepas kejadian itu.

“Isteri dan ahli keluarganya bergilir-gilir menjaganya di wad hospital berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Heng berkata, pihaknya bersama pengurusan Felda akan berbincang dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memantau haiwan buas di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Menurutnya, ramai peneroka bimbang untuk memasuki hutan buat masa ini kerana percaya beruang tersebut masih berada di kawasan
hutan berkenaan.

Pada 12 April lalu, Mohd Sulaiman diserang seekor beruang ketika sedang mencari buah kerdas di hutan berdekatan ladang kelapa sawit Felda Tenang, kira-kira jam 9.30 pagi.

Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri daripada dibaham haiwan itu selepas memukul beruang tersebut berkali-kali, namun akibat serangan itu, mangsa patah tulang muka selain luka teruk di bahagian kepala sebelah kiri.

Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");