Jenayah

Pemandu treler tersepit 2 jam

PEMANDU TERSEPIT

MARAN – Seorang pemandu treler nyaris maut namun tersepit hampir dua jam apabila kenderaan yang dipandu terbalik ketika menuruni selekoh di Kilometer 77 Jalan Kuantan- Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Maran, Mohd Kamaruzzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian di hadapan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah itu pada jam 4.31 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian dengan kekuatan sebuah jentera dan lapan anggota termasuk pegawai.

Menurutnya, setiba di lokasi, mangsa yang juga pemandu treler berkenaan didapati tersepit dalam keadaan separuh sedar.

“Badan dan kaki mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian kepala lori yang terbalik menghimpit ke tembok pembahagi jalan.

“Keadaan tersebut memaksa pihak bomba meminta bantuan dua jentolak awam untuk mempermudah usaha mengeluarkan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, treler tanpa muatan yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kuantan.

Menurutnya, mangsa yang memandu sendirian, Mohd Ijmar Abdul Hamid beralamat di Jitra, Kedah mengalami kecederaan luka tidak serius dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");