Perak Hari Ini

Perak Capai Pertumbuhan Tertinggi Di Malaysia: DS Zambry

PERAKTODAY

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri akan memastikan bahawa amanah yang dberikan dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip perlembagaan, ketelusan, keadilan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Ujarnya lagi, tanggungjawab terhadap golongan keterbawahan yang dilanda masalah kemiskinan, kesulitan dan bencana turut diberi keutamaan.

“Pelbagai program pengupayaan golongan miskin tegar melalui Yayasan Bina Upaya (YBUDR) dan juga program-program tanggungjawab sosial (CSR) membabitkan pelbagai agensi negeri dan persekutuan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga bakal dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena istiadat ulangtahun Keputeraan Sultan Azlan Shah yang Ke-86 di Kuala Kangsar, hari ini.

Jelasnya, pada tahun 2014 sahaja, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM63.99 juta iaitu pertambahan sebanyak 60 peratus.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), kadar pertumbuhan pendapatan isirumah purata di Negeri Perak katanya, telah meningkat daripada RM2,809 pada tahun 2009 kepada RM3,548 pada tahun 2012 iaitu mengalami pertambahan sebanyak RM739.

“Pertambahan ini merupakan 26.3 peratus dalam tempoh tiga tahun atau purata 8.7 peratus setahun dan ianya boleh diterjemahkan sebagai satu manifestasi peningkatan taraf hidup rakyat di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, menurut statistik rasmi Jabatan Perangkaan, Perak turut diumumkan antara negeri yang mencapai pertumbuhan tertinggi di Malaysia selain Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka iaitu pada kadar 7.1 peratus.

“Negeri Perak terus berupaya menarik minat pelabur dan pada tahun 2013, nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM2.4 billion,” jelasnya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa projek baru yang bakal dibangunkan membabitkan penyertaan pihak swasta antaranya Animation Theme Park di Meru Raya, Kinta Lake District dan Perak Educity yang mengetengahkan bandar ilmu di Seri Iskandar.

Beliau turut menasihati rakyat supaya menghargai setiap  nikmat yang sama-sama dikecapi sekarang ini kerana ianya tidak mudah untuk diperolehi.

“Ia adalah hasil perjuangan orang terdahulu yang telah meletakkan pembelaan nasib rakyat dan negara di atas landasan yang betul serta kukuh,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, tonggak dan mercu kepada perjuangan itu adalah berpandukan sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini iaitu sebuah sistem manifestasi hubungan simbiotik yang erat di antara raja dan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");