Perak Hari Ini

Menteri Besar Melawat ADUN Paloh Di HRPB

PERAKTODAY4
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluangkan masa menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 57, yang cedera akibat kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Pulai, petang Khamis lalu.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan apabila kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya pada awal pagi, hari sama.

Sementara itu, beliau memberitahu ADUN Paloh berada dalam keadaan yang semakin stabil.

“Melalui laporan yang diterima, beliau kini berada dalam stabil,” katanya kepada pemberita selepas Adun Paloh di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang tadi.

Jelasnya Zambry lagi, pihak HRPB sentiasa membuat pemerhatian terhadap kesihatan  Nozula dan setakat ini beliau menunjukkan perkembangan yang cukup positif.

Dalam kejadian petang Khamis lalu, kenderaan SUV jenis Nissan Murano yang dipandu anak perempuan Nozula dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit di tempat kejadian.

Isterinya, Datin Paduka Maziah Din disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di sini dan jenazahnya dihantar ke kampung halamannya untuk dikebumikan di Gua Musang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");