Sukan Hari Ini

Rooney disah cukup cergas hadapi Everton

rooney

ROONEY berpeluang kembali ke kelab lamanya apabila United bertandang ke Everton malam esok. Begitu juga dengan Moyes dan Fellaini:-

LONDON – Penyerang prolifik Manchester United, Wayne Rooney dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi berdepan Everton dalam aksi Liga Perdana England di Goodison Park malam esok.

Penyerang antarabangsa England itu sebelum ini terpaksa menerima suntikan penahan sakit gara-gara kecederaan kaki ketika ditewaskan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

Pengurus United, David Moyes sebelum ini juga mengakui penyerang itu sukar membuat rembatan deras gara-gara kecederaan itu.

Justeru, Rooney dikatakan terpaksa direhatkan dalam tempoh yang panjang bagi mengelak peluangnya beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia di Brazil, Jun depan.

Namun, dia dikatakan kembali cergas dan bersedia berdepan kelab asalnya bersama Moyes dan juga Marouane Fellaini malam esok.

Begitupun, Moyes dijangka sukar diterima peminat The Toffees selepas meninggalkan kelab itu musim ini bagi menggantikan Alex Ferguson yang bersara.

Rooney juga dijangka berdepan situasi yang sama biarpun telah lebih 10 tahun meninggalkan Goodison Park. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");