Jenayah

Terima padah cuba larikan diri

image (4)

Kereta jenis Honda City seorang lelaki terjunam ke dalam longkang selepas cuba melarikan diri:-

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang penganggur mahu melakukan kegiatan samun ketika waktu solat Jumaat tidak kesampaian apabila berjaya ditahan polis di Jalan Keris dekat Taman Pelangi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, suspek yang berumur 40an itu memandu sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan memberhentikan kenderaan oleh unit peronda polis untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, bagaimanapun suspek bertindak memecut kenderaan berikutan mahu melarikan diri dengan memandu dalam keadaan bahaya dan laju.

“Anggota Skuad Ninja terpaksa mengekori dan mengejar kenderaan suspek dalam jarak lebih kurang lima kilometer dan apabila sampai di Jalan Lembing, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar sebelum terbalik.

“Selang beberapa minit kemudian seorang lelaki dilihat cuba keluar dari kenderaan dengan memecahkan cermin bahagian belakang sebelah kanan kereta itu dan kemudian anggota Skuad Ninja bertindak menahan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu pernah dilaporkan hilang di Kulaijya pada awal bulan ini.

“Semakan ke atas suspek juga mendapati dia mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan tiga darinya masih membabitkan kes yang dikehendaki polis.

“Pemilik kenderaan yang hilang itu diminta menghubungi Balai Polis Kulaijaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");