Isu Panas

Kenyataan Anwar Seolah-olah Beliau Manusia Paling Bijak di Dunia

anwar

Barisan NGO Negeri Perak membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mampu mencari MH370 dalam masa satu saat dan menyifatkan ianya sebagai satu kenyataan bodoh sombong dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, sebagai orang lama dalam dunia politik, Anwar tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan ketidak matangannya sebagai seorang pemimpin politik senior.

“Kenyataan Anwar itu seolah-olah bukan saja memperbodohkan negara kita, tetapi juga memperbodohkan semua negara yang terlibat dalam pencarian MH370 yang masih lagi belum ditemui sehingga ke hari ini. Dalam hal ini, Malaysia bukan keseorangan yang menemui jalan buntu, tetapi juga puluhan lagi negara yang turut sama mencari pesawat tersebut juga kehilangan punca.

“Jadi dalam hal ini, saya melihat kenyataan Anwar itu sebagai satu kenyataan yang memperbodoh dan memperlekehkan usaha bukan saja kerajaan negara kita, tetapi juga negara-negara lain yang turut bertungkus lumus mencari pesawat tersebut. Seolah-olah hanya beliau saja merupakan orang paling bijak dalam dunia,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Apabila dibidas dan dikecam kerana kenyataanya yang separuh masak itu, Salleh berkata Anwar seperti biasa cuba menutup kesilapannya dengan pelbagai alasan serta menyalahkan pihak lain yang kononnya cuba memutar belitkan kenyataannya.

“Sama jugalah ketika Anwar berkata beliau akan mempertahankan keselamatan negara Israel satu masa dulu. Apabila dihentam bertubi-tubi kiri dan kanan, Anwar cuba putar belit dengan mendakwa kenyataannya itu disalah tafsirkan, sedangkan maksud kenyataan Anwar itu amat jelas sekali.

“Inilah sikap Anwar yang begitu tinggi cita-citanya untuk jadi pemimpin nombor satu dalam negara ini. Beliau sentiasa bersikap menyalahkan kerajaan dalam apa juga isu, termasuk isu kehilangan pesawat ini, di mana beliau sepatutnya membantu dengan memberikan cadangan dalam usaha mencari pesawat ini dan bukan sebaliknya.

“Bahkan, sikap Anwar yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kehilangan pesawat ini dengan membidas kerajaan jelas tidak bertanggungjawab serta ini juga memperlihatkan bahawa tidak ada rasa simpati beliau terhadap keluarga dan sanak saudara mangsa.

“Apa yang jelas, dalam isu kehilangan pesawat ini Anwar tidak pernah membantu, bahkan beliau sebenarnya menambahkan lagi beban emosi yang ditanggung oleh keluarga mangsa dengan kenyataan tidak masuk akal seperti itu,” tegasnya. -MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");