Membawang Hari Ini

Punya kelas tersendiri

image (6)
MEMILIKI vokal suara yang cukup memikat hati ditambah pula dengan aura persembahan yang sangat mempesona sudah cukup membuatkan dirinya sentiasa diingati sehingga hari ini.

Pencapaian karier nyanyiannya jelas membuktikan dirinya seorang penyanyi yang mempunyai kelas tersendiri.

Lebih kurang 30 tahun berkecimpung dalam industri muzik, Shiela bukan sahaja terus menjadi sebutan dalam kalangan peminat tempatan, malah turut menjadi perhatian beberapa buah negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Berkongsi pengalaman itu, Shiela akui bidang nyanyian sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

“Minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian adalah antara sebab saya masih di sini.

“Untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya perkara yang paling penting adalah pastikan ia perkara yang kita minat.

“Kerana minat itu akan menjadikan kita lebih bersemangat dan sentiasa mempunyai inisiatif untuk menjadi yang lebih baik,” katanya.

Kata Shiela, pengalaman berharga itu juga turut dikongsikan bersama anak-anaknya.

“Itu juga perkara yang saya selalu terapkan kepada anak-anak.

“Saya tidak memaksa mereka untuk dapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran tapi apa yang penting mereka memilih bidang yang bersesuaian,” ujarnya.

Kongsi tips kecantikan

Biarpun umurnya kini mencecah 50 tahun, namun fizikalnya tidak mencerminkan usianya.

Oleh itu, tidak dinafikan ramai di kalangan wanita di luar sana cemburu dengan kelebihan penyanyi bertubuh genit ini.

“Sebenarnya saya memang tidak ada rahsia untuk tampil cantik.

“Dari segi kecantikan, saya amalkan penjagaan rutin yang sama seperti wanita lain lakukan,” ujarnya.

“Namun berlainan pula dari sudut kesihatan, Shiela akui sering melakukan senaman supaya sentiasa kelihatan bertenaga.

“Walau sesibuk mana pun, saya akan cuba curi masa untuk buat senaman dan saya anggap ia sebahagian daripada kerja saya.

“Sebagai seorang penyanyi dan juga ibu saya memerlukan kesihatan yang stabil serta stamina yang mencukupi untuk menguruskan tanggungjawab saya,” katanya.

Cari bakat baharu

Beralih pada perkembangan terbarunya, Shiela kini dipilih sebagai juri menerusi sebuah pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh gula-gula kesihatan, Strepsils.

“Pertandingan nyanyian The Right Nite ini sebenarnya diadakan Sempena sambutan Hari Suara Sedunia.

“Penglibatan saya sebagai juri dalam pertandingan ini bermula dari peringkat awal di mana saya perlu mencari peserta yang berbakat menerusi video yang di muat naik di Youtube,” jelasnya.

Shiela yang juga merupakan duta produk itu memberitahu suara yang mampu memikat hati adalah antara kriteria utama yang akan dinilai untuk memilih peserta ke peringkat seterusnya.

“Selain memiliki suara yang enak, penghayatan menyampaikan lagi juga penting,” katanya yang merancang untuk mengadakan konsert berskala besar meraikan ulang tahun ke-30 karier nyanyiannya.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka ke www.strepsils.com.my/theringhtnote antara 15 April hingga 28 Mei ini.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");