Sukan Hari Ini

Malaysia tidak berhasrat anjur Sukan Asia 2019

kj 1

MALAYSIA tidak berhasrat menjadi tuan rumah bagi Sukan Asia 2019 berikutan kos penganjurannya yang sangat tinggi selepas Vietnam menarik diri.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kejohanan sukan tersebut tidak menjadi keutamaan kerana Malaysia menyasarkan untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Sea 2017.

“Tidak (anjur), kerana Sukan Asia membabitkan kos yang terlalu tinggi, kita hanya akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea pada 2017 kerana perbelanjaannya yang jauh lebih rendah.

“Sukan itu mampu dibiayai dan kabinet telah bersetuju untuk kita laksanakannya, tetapi untuk kita melakukan penganjuran Sukan Asia itu terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Biro Profesional Muda, Pemuda Umno di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan Vietnam semalam yang menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 kerana kekurangan dana dan khuatir reputasi negara itu akan terjejas jika penganjurannya tidak sempurna.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kajian terperinci akan dilakukan Malaysia sebelum meneruskan bidaan dalam penganjuran Asian World Cup 2024.

“Saya berbincang dengan menteri-menteri sukan dari Asean tahun ini sama ada kita akan teruskan dengan bidaan kita atau tidak.

“Selepas kajian itu dibuat, tahun depan kita akan bincang semula dan kita kena buat keputusan selewat-lewatnya tahun depan (2015),” katanya.

Beliau berkata jika Malaysia ingin meneruskan bidaan tersebut, pihaknya perlu menghantar dokumen bidaan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selewat-lewat pada 2020.

“Saya rasa terlalu awal kita buat sebarang keputusan.

“Kita masih menunggu keputusan dari negara-negara Asean yang lain sama ada kita teruskan kajian itu,” katanya lagi.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");