Membawang Hari Ini

Alahai Fazura, aduhai Wardina

 

wardina

Hari ini, dua wanita, seorang yang tengah popular dan meletup-letup dengan stail moden, seksi, gaya, mutu, keunggulan tak lain Fazura. Seorang lagi pelakon drama Spanar Jaya yang kini berangan setaraf ustazah, kembali ke jalan yang benar al-Quran dan sunnah, ikon motivasi, pengacara dan model tudung habis kontrak.

Dua-dua popular, dan dua-dua berbeza ragam. Fazura dikatakan kantoi dirakam bercium dengan lelaki di KLIA bulan lalu. Wardina pula bukan main lantang menyeru ulama dan mufti supaya siasat pasal isu hadis palsu dalam ceramah Ustaz Don Danial yang heboh dicanang sepanjang minggu ini. Sekali tengok, macam penyibuk dan nak tunjuk pandai.

Dalam hal lain, Fazura tak nak komen isu bercium, katanya dia tak tahu menahu. Pencuri lagikan tak mengaku mencuri selagi tak ada rakaman CCTV, ini pula setakat bercium.

Wardina pula dituduh sebagai memandai-mandai sehingga dilihat mempertikai ilmu graduan Al-Azhar berstatus hafiz al-Quran. Mulalah dia bersilat pertahankan diri dalam laman sosialnya. Bukan nak pertikai Ustaz Don, tapi mahu Ustaz Don itu disiasat, katanya. Dia kemudian mengaku ilmu agama masih rendah. Diva tak cakap Wardina salah, Diva sendiri kagum dengan Wardina.

Masuk bab-bab agama juga, Fazura pun kata Allah tahu apa yang dia buat. Okey, Diva pun tak berhajat nak buat ulasan, Diva cuma beri dua situasi artis yang berbeza, seorang yang nampak alim dan seorang lagi, biasalah artis popular, gitu.

Yang moden dan seksi isunya begitu, yang alim dan warak, lain pula isunya. Alahai!

Diva: Meriah majlis resepsi anak-anak Datuk Yusuf Haslam, Syamsul dan Syafiq yang bersanding serentak di Dewan Perdana Felda, Jumaat lalu

– Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");