Jenayah

Empat Dari Pakatan Rakyat Didakwa Adakan Himpunan Haram

mahkamah
JOHOR BAHRU: Empat individu dari Pakatan Rakyat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana mengadakan perhimpunan secara haram di tempat larangan dan gagal memaklumkan kepada polis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum acara tersebut.

Koh Jit Huat, Steven Choong, Mohd Salleh Ahmad dan Thomas Fann mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Muhammad Jamil Hussin di sini pada Ahad.

Mereka dituduh menyertai perhimpunan haram di sebuah stesen minyak di Jalan Abdul Razak di sini, yang merupakan kawasan larangan pada kira-kira pukul 9 malam 21 Mei 2013.

Dakwaan kedua pula kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan mengenai perhimpunan 10 hari lebih awal.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (2) (b) dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hakim Muhammad Jamil menetapkan 5 Mei untuk persidangan pra-perbicaraan.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");