Membawang Hari Ini

Erma panas berkemban

dv_01.1 (1)

SERONOK juga tengok gambar-gambar lokasi penggambaran kisah raja-raja dan puteri raja arahan Erma Fatima. Diva memang minat cerita orang dulu-dulu. Cerita-cerita purbakala memang genre Diva sangat-sangat. Paling Diva suka cerita The Wizard Of Oz. Oh! Itu cerita Hollywood, okey bye.

Tapi, tiba-tiba Diva terkejut pula tengok status-status makan hati yang Erma muat naik, pasal kesultanan, pasal perempuan, pasal kejatuhan dan pasal bangsa. Tapi yang paling senak mata Diva nak habiskan bacaan bila dapat kesan bahawa semua kenyataan itu puncanya daripada komen-komen ustazah dan ustaz Instagram. Semua pakat kecam Erma konon-kononnya suka buat drama manipulasi perempuan. Saja buat cerita nak tunjuk keseksian wanita berkemban. Berkemban itu, berkemban ini, macam-macamlah, semua pakat cerita dosa dan pahala.

Rasa insaf pun ada, tapi Diva lebih banyak ketawa sebab masing-masing berebut nak jadi ustazah dan ustaz dalam timeline artis. Nampaknya sekarang orang tak payah pergi masjid atau masuk kuliah subuh, nak dengar tazkirah. Bukak Instagram artis pun dah boleh jadi pandai, jangan pandir sudah! Nak berniaga pun tak payah pi pasar malam, masuk je Instagram artis, semua ada.

Diva bukan nak sokong Erma tapi kalau ikut konsep cerita, tak mungkinlah Puteri Majapahit pakai jubah pula, dah memang itu budaya mereka, kain batik dan berkemban. Dahulu Tiara Jacquelina pun berkemban dalam Puteri Gunung Ledang, lepas tu dalam Istana Budaya pun berkemban juga, ohh pitam Diva.

Diva: Selesai luar mahkamah akhirnya kes saman Hanez Suraya dengan pembantu peribadinya, moleklah begitu.

– Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");