Jenayah

10 Pati ditahan dalam Ops Mahir

image (10)
Antara pekerja asing yang diperiksa semasa Ops Mahir:-

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Johor melakukan melakukan pemeriksaan dalam Ops Mahir di sebuah kilang di Taman Austin, di sini, baru-baru ini, dan menahan 10 pendatang asing tanpa izin (Pati).

Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Masri Adul berkata, dalam Ops yang dijalankan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, semua kakitangan kilang terbabit sedang sibuk bekerja dan tidak menyedari anggotanya.

“Semasa serbuan dijalankan semua kakitangan kilang terbabit sedang sibuk bekerja sehingga tidak menyedari kehadiran anggota kami menyebabkan mereka tidak sempat untuk melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua Pati yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain tinggal lebih masa di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 13 warga asing termasuk tiga lelaki rakyat Indonesia yang bekerja di kilang terbabit.

Masri berkata, kes di siasat mengikut Akta imigresen 1959/63 manakala kesemua Pati dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setia Tropika, di sini, untuk tindakan lanjut.

“Kesemua majikan dinasihatkan tidak mengambil pekerja asing tanpa dokumen sah bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");