Membawang Hari Ini

Remy belum puas

remy ishak a

Sejak meraih populariti menerusi drama rantaian Nur Kasih, kehidupan peribadi Remy Ishak jadi perhatian. Kisah cinta, putus cinta dan cinta barunya sering jadi buruan.

Terbaru, gambar percutiannya ke Bangkok, Thailand yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminatnya.

Beberapa keping gambar menunjukkan Remy basah kerana menyertai Festival Songkran menimbulkan kecaman peminat.

Ramai mengatakan Remy tidak peka kerana seolah-olah turut meraihkan festival yang dikenali sebagai acara berkongsi ‘tuah’ ­dengan me­nyimbah air untuk membersihkan patung Buddha.

Bertemu Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak di majlis pelancaran filem terbarunya, CEO, jejaka kelahiran Negeri Sembilan itu memohon supaya isu itu tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak

Katanya, dia bercuti di Bangkok selepas selesai peng­gambaran drama Antara Satu di Langkawi dan Tioman.

“Selepas selesai menjalani penggambaran yang sangat meletihkan, masa cuti selama lima hari saya gunakan untuk berehat dengan melancong ke Thailand.

“Kebetulan, saya pergi ketika sambutan Songkran. Itu kali pertama saya tahu mengenai pesta berkenaan. Sebelum ini saya tidak pernah melihat perayaan itu dan saya putuskan untuk turut serta.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");