Perak Hari Ini

TLDM Digesa Ambil Langkah Jaga, Pulihara KD Rahmat

PERAK TODAY 23
Kerajaan Perak mahu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga dan memulihara kapal KD Rahmat yang kini diubahsuai menjadi muzium maritim sebagai daya tarikan pelancong ke bandar Lumut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kapal tersebut yang memiliki nilai sejarahnya tersendiri perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

“Kapal ini amat bersejarah kepada pihak TLDM dan ia perlu diberi penjagaan sebaik-baiknya,” katanya lagi.

Tambahnya, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk memastikan kapal tersebut terpelihara.

“Ada beberapa perkara yang menjadi perhatian kita dan saya telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Panglima Tentera Laut, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman dan Panglima Pemerintahan Bantuan, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli untuk memastikan kapal bersejarah ini dapat dijaga dengan baik,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa bahagian tertentu di kapal tersebut yang memerlukan kepakaran untuk dijaga dan dibaikpulih.

“Saya lihat ada bahagian tertentu KD Rahmat yang perlu diberi perhatian dan ia memerlukan kepakaran untuk penjagaannya,” ujar -Zambry selepas melawat kapal tersebut di Lumut, hari ini.

Sebelum ini, kapal KD Rahmat yang dulunya merupakan aset kerajaan negeri tetapi telah diberikan kepada pihak swasta untuk dibaikpulih sebagai muzium maritim, sekaligus menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke bandar Lumut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");