Jenayah

Kantoi di lapangan terbang

kantoi

San Angelo: Seorang lelaki berpangkat Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan di San Angelo, dipercayai cuba menyeludup sepucuk pistol ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Mathis, Amerika Syarikat, 16 April lalu.

Mejar TUDM itu dijadualkan untuk terbang dari San Angelo singgah di Dallas dan terus ke Kuala Lumpur.

Menurut pegawai Pengurusan Sekuriti Pengangkutan (TSA), ketika memeriksa bagasi Mejar, mesin pengimbas x-ray mengesan sesuatu dan mendapati ada sebuah kotak yang tidak dapat dikesan kandungannya.

Pegawai TSA membuka kotak tersebut mendapati ada satu beg plastik tersisip di dalam bekas ais berisi komponen pemegang pistol jenis Taurus, PT-22, .22 kaliber berserta lapan peluru hidup.

Semasa membuat pemeriksaan bagasi, mereka menemui laras pistol yang dililit bersama pembuka gabus dan pembuka tin menggunakan pita pelekat.

Lebihan komponen pistol itu ditemui di dalam sebuah kotak besi dalam beg yang sama.

Mejar yang sudah berada di dalam pesawat dibawa keluar anggota Polis San Angelo dan pegawai TSA untuk soal siasat.

Menurut pasukan siasatan, Mejar tersebut berbuat demikian bagi mengelak dikesan penguat kuasa jika tiba di Malaysia.

Pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berkata, Mejar datang ke Amerika secara sah dengan menggunakan Visa Diplomatik Bukan Imigran sejak 5 Januari 2014.

Tujuan Mejar ke sana bagi menyertai latihan di Kem Tentera Udara Goodfellow.

Mejar dipercayai membeli pistol tersebut di sebuah pertunjukkan senjata api di Sweetwater di Texas.

Jika didapati bersalah, Mejar itu akan dipenjara 10 tahun kerana cuba menyeludup senjata. Dia kini dipindahkan ke Pusat Tahanan di Lubbock, Jumaat lepas.

– BCHP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");