Sukan Hari Ini

Drama makin mendebarkan

bola

Kelana Jaya: Drama terbaru pemilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila Sultan Ahmad Shah bersedia mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sekali gus menepis spekulasi sebelum ini yang menyatakan beliau sudah mahu berundur.

Sultan Ahmad Shah yang memegang jawatan itu sejak 1984, bakal dicabar anakandanya yang juga Timbalan Presiden badan induk kebangsaan itu, Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas ketiga-tiga calon mengesahkan menerima pencalonan ahli gabungan semalam.

Keputusan tiga calon itu untuk bertanding pada Kongres Pemilihan FAM ke-50 bagi penggal 2014/2018 pada 25 Mei ini bakal mencatat sejarah apabila buat kali pertama kerusi nombor satu badan induk itu bakal ditandingi.

Namun ia juga mungkin satu ‘gimik’ memandangkan semua calon yang menerima pencalonan itu masih boleh membuat ‘pusingan U’ dengan menarik diri sebelum hari pemilihan bulan depan.

“Semua calon masih boleh menarik diri sebelum kongres bermula,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas mengumumkan senarai nama calon semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");