Jenayah

Padah langgar lari

langgar

IPOH – Seorang lelaki bersama rakan wanitanya parah apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Kampung Tawas, kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin.

Pemandu berusia 25 tahun itu, dipercayai panik dan cuba melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal, 50, di laluan sama.

Bagaimanapun, kemalangan itu disedari penduduk kampung yang kemudiannya mengejar pemandu kereta terbabit.

Menurut sumber, pemandu terbabit memecut kereta dipandu sehingga menyebabkannya hilang kawalan dan merempuh pagar sebuah rumah sebelum terbalik.

“Rempuhan itu menyebabkan pemandu terbabit parah pada kepala, manakala rakan wanita, 23, patah kaki kanan.

“Mujur penghuni rumah berkenaan tidak cedera,” katanya.

Difahamkan, pasangan terbabit kemudian dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta, manakala penunggang motosikal terbabit cuma cedera ringan dan telah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan kenderaan dinaiki pasangan terbabit remuk teruk di bahagian tepi dan hadapan. Manakala pagar besi dan tembok rumah berkenaan turut turut rosak.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM30,000, namun siasatan mengenainya masih diteruskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");