Membawang Hari Ini

Derita sudah berakhir

kd

“BAHAGIA pasti tidak selamanya dan menderita pun ada akhirnya,” itulah ungkapan yang diberikan oleh penyanyi bersuara merdu, Krisdayanti (KD) mengenai single terbaharunya, Bertubi-tubi yang menceritakan pengalaman hidupnya.

Setelah empat tahun menyepi dalam industri seni, kini KD kembali menampilkan album kompilasi pertamanya Persembahan Ratu Cinta.

Mempertaruhkan single terbaharunya, Bertubi-tubi, album ini turut memuatkan 16 buah lagu hit yang pernah melonjakkan namanya satu ketika dahulu.

Mengulas lanjut mengenai single baharu itu, KD memberitahu lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal, Melly Goeslow itu membawa seribu makna buat dirinya.

“Apa yang saya lalui sebelum ini cukup memberi kesan buat diri saya. Saya akui apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Jadi, lagu ini juga merupakan satu semangat yang luar biasa untuk saya sebarkan kepada masyarakat khususnya golongan wanita bahawa derita itu pasti berakhir dan kebahagiaan pasti muncul,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album

Persembahan Ratu Cinta dan muzik video Bertubi-tubi, di Mutiara Damansara, baru-baru ini yang dihadiri suaminya, Raul Lemos.

Katanya lagi, pembikinan album baharu ini juga merupakan simbolik buat dirinya untuk menyapa semula peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya dalam industri muzik.

“Selepas empat tahun berehat, saya kini kembali mewarnai industri muzik dengan izin suami yang sangat memahami minat saya dalam bidang nyanyian.

“Hadirnya album ini menandakan saya kembali aktif dan akan beri yang terbaik untuk peminat yang tidak jemu menyokong saya selama ini,” ujarnya.

Selain Bertubi-tubi, antara lagu lain yang dimuatkan adalah Ratu Cinta, Cobalah Untuk Setia, Mencintaimu, Menghitung Hari dan banyak lagi.

Pamer kebahagiaan

Bercerita mengenai muzik video yang dilancarkan, KD memberitahu ia menggambarkan kebahagiaan hidup dilaluinya sekarang.

“Muzik video ini mengabadikan saat saya, suami dan anak-anak saya bercuti di Paris.

“Kalau saya boleh berkongsi, seperkara yang buat saya berasa sangat istimewa ialah apabila saya menjadi seorang ibu.

“Walaupun saya melalui pelbagai dugaan yang datang bertubi-tubi, tapi saya tidak pernah berasa keseorangan kerana saya sentiasa mempunyai keluarga, ibu serta kakak yang menyokong saya,” katanya.

Muzik video itu memaparkan hubungan yang begitu erat di antara anak-anaknya di mana jelas kelihatan kasih sayang seorang ibu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");