Sukan Hari Ini

Insiden pukul pengadil burukkan lagi imej bolasepak Johor

jdt 1

Insiden pengurus JDT 2, Onn Jabar memukul pengadil sejurus selepas perlawanan Liga Perdana dengan UITM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) semalam merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah bolasepak negara.

Pengurus JDT 2 itu dikatakan tidak berpuashati dengan mutu pengadilan pengadil Sukri Abdul Rahman di dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu.

Insiden pergaduhan itu turut menimbulkan kekecohan dalam kalangan penonton perlawanan itu.

Malah ia dijangka memburukkan lagi imej Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), apatah lagi selepas insiden memalukan di terowong pemain pada perlawanan JDT menentang T-Team tidak lama dahulu.

Untuk pengetahuan, pengurus JDT 2 itu juga merupakan Naib Presiden PBNJ dan pegawai kanan kerajaan negeri Johor.

Onn Jabar yang sebelum ini dikenali sebagai seorang peramah dan mudah mesra dalam kalangan pengamal media di Johor Bahru, juga merupakan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebuah kawasan perindustrian berat berhampiran Johor Bahru.

Beliau juga pernah bertugas sebagai setiausaha Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Pengarah Pejabat Taman Negara Johor.

Usaha media untuk mendapatkan reaksinya berhubungan kejadian semalam gagal kerana beliau enggan menjawab panggilan kepada telefon bimbitnya.

– MALAYSIAGAZETTE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");