Isu Panas

JPNIN cadang wacana perpaduan libatkan semua parti

isu

KUANTAN – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bercadang melaksanakan Wacana Perpaduan secara tertutup membabitkan pimpinan atasan hingga akar umbi bagi membincangkan isu-isu perpaduan negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata, wacana kali pertama itu membabitkan semua pemimpin politik dalam semua parti.

Menurutnya, perancangan itu dijangka berlangsung tahun ini kerana Kabinet sudah meluluskan permohonan berkenaan dan tiada parti yang akan dipinggirkan.

“Semua pemimpin termasuk pembangkang turut menjadi sebahagian wacana berkenaan kerana usul mereka juga akan diguna pakai dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rukun Tetangga Peringkat Negeri 2014 di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui wacana yang turut mendapat kerjasama Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional itu akan ada sesi perbincangan dan pembentangan cadangan yang difikirkan boleh meningkatkan penyatuan di peringkat nasional.

Hadir sama, Pengarah JPNIN, Fairojibanu Zainal Abidin dan pegawai perpaduan dari setiap daerah di Pahang.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Azman berkata, isu dan cabaran perpaduan paling utama membabitkan agama termasuk Kalimah ALLAH dan perkauman yang pernah dibangkitkan pembangkang.

Justeru, kerajaan berusaha melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengadakan dialog dengan masyarakat yang berfokus kepada kumpulan dan badan bukan kerajaan (NGO) agama.

Dalam ucapannya juga, Azman berkata, JPNIN akan terus membantu meningkatkan perpaduan melalui pengukuhan kawasan rukun tetangga (KRT) dan skim rondaan sukarela (SRS).

“Sehingga kini, sebanyak 400 KRT dan 500 SRS diwujudkan dengan jumlah ahlinya masing-masing seramai 6,597 dan 4,136 dengan dan penambahan 32 pegawai perpaduan untuk memantau aktiviti,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");