Laporan Eksklusif

Malaysia diiktiraf pusat rujukan sistem kewangan Islam – Najib

pm

Usaha kerajaan yang menjadikan agenda pembangunan sistem kewangan Islam berteraskan falsafah dan prinsip Syariah telah membuahkan hasil apabila Malaysia kini diiktiraf sebagai pusat rujukan antarabangsa.

Malaysia juga satu-satunya negara di dunia yang membangunkan sistem kewangan Islam secara holistik dan komprehensif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam erti kata lain sistem kewangan Islam Malaysia bukan sahaja menawarkan patuh Syariah tetapi membangunkan prasarana dan infrastruktur kewangan termasuk pasaran perbankan Islam, takaful dan retakaful, pasaran modal Islam, pasaran Sukuk dan pasaran kewangan Islam.

Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan itu antara faktor utama Malaysia sehingga hari ini mendapat perhatian dan menjadi rujukan dunia sama ada dari aspek operasi kewangan Islam dan urus tadbir Syariah.

“Semua ini adalah manifestasi iltizam kerajaan memastikan falsafah dan prinsip Maqasid al-Syariah dalam pemerkasaan dan penjanaan sistem Muamalah islam dapat direalisasikan.

“Akhirnya impian untuk sistem kewangan Islam yang gaj bukan sahaja pada label dan logo Islam semata-mata tetapi memenuhi intipati dan roh Islam sejati,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Majlis Amanah Saham Malaysia 2014 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di sini hari ini.

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi PNB serta Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman turut hadir.

Tambah Najib, Malaysia masih kekal sebagai peneraju global dalam pasaran Sukuk antarabangsa dengan nilai penerbitan melebihi AS$82.4 bilion pada tahun lalu, 68.8 peratus daripada terbitan Sukuk antarabangsa.

Aset-aset perbankan Islam turut menunjukkan pertumbuhan hebat sehingga mencapai 16.5 peratus dengan penguasaan pasaran berjumlah 25.7 peratus daripada keseluruhan aset perbankan 2013.

Jumlah urus niaga berasaskan mata wang asing di Bank-Bank Islam Antarabangsa berkembang kepada RM18.1 bilion pada tahun lalu berbanding RM14.6 bilion pada 2012 memberi indikasi kewangan Islam berpandukan Syariah mendapat tempat dalam masyarakat dalam negara dan antarabangsa.

Beliau berkata, Bank Dunia telah menyuarakan hasrat untuk membuka cawangannya di Malaysia dengan meletakkan objektif utama mereka untuk membina pengalaman dan pengajaran daripada Malaysia membangunkan sistem kewangan Islam.

“Ini juga satu lagi pengiktiraf Malaysia sebagai model, peneraju dan pelopor utama dalam agenda memartabatkan sistem kewangan Syariah di pentas dunia,” ujarnya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");