Membawang Hari Ini

Afgan pandai ‘cover line’

afgan

Biarpun masih muda, ketenangan penyanyi berasal dari Indonesia, Afgan mengawal situasi dan sikap fanatik para peminatnya semasa majlis eksklusif minggu setiausaha, Secretaries Week @ PICC malam Khamis lalu patut diberi pujian.

Afgan atau nama sebenarnya, Afgan Syah Reza, hanya tersenyum dan tetap meneruskan nyanyian biarpun diserbu peminat sehingga salah seorang daripadanya meluru ke pentas dan mencium pipi beliau tatkala jejaka berusia 25 tahun itu sedang mengalunkan lagu hit romantisnya, Jodoh Pasti Bertemu.

Beliau juga bijak mengaburi kesilapannya mengumumkan salah seorang peminat yang baru sahaja bergambar dengannya sebagai pemenang hadiah sedangkan Afgan sepatutnya memberitahu para audiens untuk bersedia dengan tiket masing-masing untuk cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik daripada penaja.

“Maaf ya kak Suri, tiada hadiah cuma Afgan boleh berikan pelukan Afgan sebagai hadiah kepada Kak Suri,” katanya sebelum memeluk mesra seorang peminat wanita.

Persembahan selama sejam setengah itu digunakan sepenuhnya oleh para peminat penyanyi yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta dan Sujud Padamu untuk mendekati dan bergambar dengan beliau.

Walaupun kurang berkomunikasi dengan peminat, sikap sporting Afgan yang sedia untuk ber’selfie’ dengan peminat-peminat sambil mendendangkan lagu-lagu merdunya membuatkan penyanyi itu disenangi sehingga sebelum sempat beliau ‘melawat’ dari satu meja ke satu meja, peminat terlebih dahulu mengerumuninya.

Sebelum itu, Secretaries Week @ PICC menampilkan penyanyi Jazz, Noryn Aziz yang membuat persembahan pembukaan.

Pujian buat Noryn kerana meskipun sedang hamil empat bulan namun tidak menghalang beliau memperdengarkan vokal dan persembaan yang mantap menerusi lagu seperti Natural Woman, medley Rolling in the Deep dan Set Fire to the Rain, Tinta Putih, Cinta Sejati serta medley Happy dan You to Me Are Everything.

Majlis juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah itu dihoskan oleh pelawak terkenal, Kueh Jenhan.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");