Jenayah

Pemilik anjing berdepan kompaun

saman 1

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki warga emas membela 10 anjing di dalam rumahnya di Skudai, untuk menghilangkan kesunyian, menimbulkan rasa kurang selesa penduduk sekitar.

Pegawai Tadbir Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Salwa Abd Rashid berkata, warga emas itu gagal menguruskan kesemua anjingnya hingga menimbulkan pencemaran bau dan bunyi.

Menurutnya, meskipun alasan diberikan untuk menghilangkan kesunyian, namun pihaknya terpaksa mempertimbangkan keselesaan penduduk berhampiran.

“Ramai jiran mengadu kerana tidak selesa dengan bau busuk dan bunyi bising salakan anjing terutama pada waktu malam.

“Dia memberi alasan kesunyian dan untuk keselamatan diri kerana tinggal sendirian, namun dia didapati gagal mempertimbangkan keselesaan penduduk lain,” katanya.

Salwa berkata, lebih membimbangkan apabila anjing berkenaan bukan sahaja didapati berpenyakit, malah dilepaskan secara bebas hingga boleh mengancam keselamatan orang lain.

Katanya, MPJBT yang mengenal pasti beberapa kes seumpama itu mengenakan kompaun RM500 kepada pemilik haiwan peliharaan yang tidak bertanggungjawab dan kebanyakan mereka didapati memelihara anjing tanpa kebenaran.

“Sepanjang tahun lalu, kami menerima 540 aduan berkaitan anjing liar di kawasan sekitar pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) ini. Kami turut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) di sini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");